mcmc
Kisah Kejayaan

KELAS ONLINE MARKET (MY SHOP)

DESSERT Cheese Kek Pelbagai Perisa (Coklat, Oreo, Blueberry)

Nama :Noor Faiza Bte Mohd Nizam
Umur : 31 tahun
Ahli : 680

 

Latar belakang

Puan Noor Faiza bte Mohd Nizam atau nama mesranya Faiza merupakan orang suka makan kek dan menjadikan hobi beliau sebagai perniagaan. Beliau berasal dari Felda Bukit Easter, berumur 31 tahun dan suka menceburi bidang perniagaan terutamanya bidang pastry.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau kurang menggunakan aplikasi oniline dan kadang-kala malu untuk menonjolkan diri. Kebiasaannya, beliau hanya mengiklankan aset yang perlu dijual/disewa melalui risalah dan lain-lain pengiklanan kovensional. Kaedah ini kurang relevan dengan pasaran semasa.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Namun selepas penggunaan ICT dan penglibatan PI ianya sangat membantu beliau dalam pencarian maklumat dan mengembangkan perniagaan beliau. Dengan adanya promosi dan pengiklanan dari pihak PI Felda Bukit Easter perniagaan beliau lebih dikenali dan beliau mendapat tempat di hati pembeli. Petugas Pusat Internet banyak membantu Puan Noor Faiza mengembangkan perniagaan di peringkat global melalui program myshop dan tagging di FB dan juga berniaga di Pasar Bonet Felda Bukit Waha setiap hari Sabtu yang juga merupakan projek usahasama Pusat Internet. Pusat Internet juga membantu mempromosikan produk dengan menyediakan platform seperti program myshop dan viral bersama FB PI Felda Easter. PI juga menyediakan prasarana dan perkhidmatan yang memudahkan capaian Internet yang berkelajuan tinggi dan selesa untuk dinikmati para pengguna seperti Puan Noor Faiza.