mcmc
Keusahawanan

HOMEMADE MINI BURGER

  Pn.Mashitah Khairuddin nama diberi, Beliau ibu kepada 4 orang cahaya mata. “Homemade Mini Burger” adalah ciptaan sendiri oleh beliau dengan sendiri membuat roti buger itu sendiri.Selain itu,  daging buger itu juga dibuat sendiri dengan isi ayam. Beliau juga dikenali oleh komuniti setempat dengan kehebatan beliau dalam membuat pelbagai kek serta kuih – muih Hari Raya. Apabila tercetusnya idea beliau untuk membuat Homemade Mini Buger ianya lagi menampakkan kegigihan beliau untuk meneruskan perniagaan sendiri diserata kawasan Gugusan Waha, Kota Tinggi dan Johor Bahru. Beliau juga baru mendapatkan tempahan yang banyak kuantitinya untuk membekalkan produk beliau ke Hospital Sultan Aminah (HSI). Ianya telah menunjukkan kejayaan yang amat besar bagi beliau ketika mendapat tender untuk menjadi suppliar ke kawasan Johor Bahru. Beliau adalah salah seorang contoh anak watan Felda Bukit Easter yang memajukan dirinya dengan “air tangan” beliau dalam membuat pelbagai kek, kuih-muih, juadah puasa kek lapis serawak dan pelbagai lagi kemahiran beliau dalam bidang bakery.