JUNE 2026 | PERHATIAN IBU BAPA & PENGGUNA MEDIA SOSIAL
📢 PERHATIAN IBU BAPA & PENGGUNA MEDIA SOSIAL
Mulai 1 Jun 2026, pendaftaran akaun media sosial seperti Facebook, Instagram, TikTok dan YouTube hanya dibenarkan kepada individu berumur 16 tahun ke atas. Langkah ini diperkenalkan bagi mewujudkan persekitaran digital yang lebih selamat serta melindungi kanak-kanak daripada risiko penyalahgunaan dan ancaman dalam talian.
Pengguna sedia ada akan melalui proses pengesahan umur dalam tempoh yang ditetapkan. Oleh itu, pastikan maklumat dan dokumen pengenalan diri sentiasa dikemas kini bagi memudahkan proses pengesahan.
✅ Lindungi anak-anak di alam maya
✅ Pastikan penggunaan media sosial mengikut had umur yang ditetapkan
✅ Bersama mewujudkan komuniti digital yang lebih selamat dan bertanggungjawab
“Bijak Berinternet, Selamat Bermedia Sosial.”
#KeselamatanDalamTalian #MediaSosialSelamat #LindungiKanakKanak #MalaysiaMADANI #NADIFeldaBukitEaster #BijakInternet
