Sejarah Pusat Ekonomi Digital Felda Bukit Easter

Maklumat Setempat | 1 August 2016

Pusat Ekonomi Digital Felda Bukit Easter adalah fasa 4 (Telephony)  iaitu untuk kemudahan komuniti di kawasan luar bandar.Pusat Ekonomi Digital Felda Bukit Easter ini terletak di Gugusan Waha, Felda Bukit Easter, Jalan Teratai dan ia merupakan di kawasan bangunan JKKR. Bekas bangunan Taska dan bekas Kilang Roszel ini telah menjadi pilihan lokasi untuk Pusat Internet 1Malaysia  Felda Bukit Easter.

Aktiviti pengubahsuaian kepada Pusat Ekonomi Digital telah dilakukan sekitar bulan November 2013 hingga Mac 2014 oleh pihak kontraktor yang dilantik dan pada tanggal 26 April 2014 telah menjadi tanda sejarah kepada pembukaan secara rasmi untuk para komuniti sekitar Pusat Ekonomi Digital Felda Bukit Easter.

Pusat Ekonomi Digital  Felda Bukit Easter telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari komuniti setempat. Ini kerana, Pusat Ekonomi Digital Felda Bukit Easter telah menyediakan pelbagai perkhidmatan latihan ICT  ( Information and Communications Tecnology  ) secara percuma kepada semua yang berdaftar sebagai ahli Pusat Ekonomi Digital Felda Bukit Easter. Selain itu, Pusat Ekonomi Digital Felda Bukit Easter   juga menyediakan perkhimatan

  • Internet Jalur Lebar
  • Priting
  • Scanning
  • Fotostat
  • Laminate
  • Binding
  • Zon internet tanpa wayar (wifi zone)

Pusat Ekonomi Digital Felda Bukit Easter juga menjalankan pelbagai aktiviti-aktiviti yang berfaedah sama ada indoor atau outdoor.