Pn Norhana Binti Md Nor adalah seorang peniaga JAMU QUEEN SECRET di sekitar kawasan Kota Tinggi. Beliau 36tahun dan ibu kepada tiga cahayamata serta tinggal di Felda Simpang Waha. Pada awalnya beliau hanya menjual secara persendian dan kepada kenalan-kenalan rapat sahaja. Namun apabila beliau mula mengenali kehidupan digital dengan bantuan petugas Pusat Internet Felda Easter beliau mula menceburkan diri dengan mempromosikan JQS pada Facebook, Instagram dan Wassap.la. JQS mendapat sambutan yang sangat luar biasa daripada kaum wanita, JQS juga dapat diminum oleh pelbagai peringkat umur kaum wanita sama ada remaja, dewasa ataupun warga emas. ianya memulihkan tenaga dalaman serta memberikan impak yang baik bagi mereka yang kitaran haid yang tidak teratur. JQS juga mendapat sambutan yang hangat daripada sekitar penduduk di bandar. JQS sesuai bagi wanita yang mahu menjaga kecantikan dalaman mereka. Ramai yang telah memberi komen yang positif setelah meminumnya. Pn.Norhana juga tidak menang tangan untuk melayani pelanggan-pelanggan beliau yang gemar meminum JQS yang beliau jual. Walaupun beliau hanya seorang agent tetapi ramai wanita terpengun dengan kecantikkan yang beliau ada serta ianya mendorong para wanita untuk memiliki JQS. Dilaman web MyShop juga beliau mendapat sambutan yang sangat tinggi. Beliau juga mendapat pesanan luar biasa daripada pelbagai negeri.