mcmc
Kisah Kejayaan

KELAS CELIK IT Q3 2017

Makanan dan produk kecantikan

Nama :Juwita binti Asmuin
Umur : 56 tahun
Ahli : 117

 

Latar belakang

Puan Juwita atau lebih dikenali dengan nama Mama Ita mewah merupakan ahli perniagaan Berjaya. Bermula dengan hobi memasak dan berniaga, beliau sentiasa mengambil peluang dalam perniagaan. Beliau giat berniaga semasa bulan Ramadhan. Beliau mengambil tempahan membuat kuih raya, biskut raya dan kek.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau tahu menggunakan aplikasi WhatsApp dan Facebook sebelum menjadi ahli Pi1M lagi. Tetapi beliau tidak begitu mahir dalam mempromosikan perniagaan beliau seperti pengiklanan, promosi dan cara memuat naik produk-produk di alam maya.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Menguasai cara memuat naik gambar, maklumat dan pengiklanan ke laman sesawang.Menguasai cara pemilihan gambar produk yang sesuai dan menarik untuk dimuat naik.Tahu cara mengambil gambar produk yang sesuai dan menarik.