mcmc
Kesihatan

KESIHATAN

Kesihatan

Klinik kesihatan Bukit Waha terletak kira-kira 33KM dari Pejabat Kesihatan Kota Tinggi, dan Hospital Kota Tinggi.Klinik ini mula beroperasi pada  bulan Mei 1986.Klinik Kesihatan Bukit Waha ini juga terletak lebih kurang 17KM dari Klinik Kesihatan LokHeng iaitu satu-satunya klinik kesihatan lain yang berdekatan. Kedudukan KlinikKesihatan Bukit Waha terletak diantara tiga gugusan Felda  iaitu Felda Bukit Waha, Felda Bukit Easter dan Felda SimpangWaha

Jarak Klinik Kesihatan Bukit Waha dari Klinik Desa Bukit Aping Timur adalah kira-kira 19KM, begitu juga dengan sebuah lagi klinik desa bawah operasi iaitu Klinik Desa Bukit Aping Barat dimana jauhnya adalah kira-kira 19KM.

Di Klinik Kesihatan Bukit Waha terdapat sebuah blok bangunan utama yang mengendalikan perkhidmatan kesihatan keluarga, pesakit luar dan pergigian. Bagi perkhidmatan pergigian ini, pasukan pergigian dari Kota Tinggi akan membuat lawatan setiap sebulan sekali. Selain dari itu terdapat sebuah bangunan klinik remaja yang terletak bersebelahan dengan bangunan klinik utama ini.

Kawasan operasi di bawah jagaan Klinik Kesihatan Bukit Waha adalah merangkumi 5 buah kawasan perkampungan Felda iaitu:

  1. Felda Bukit Waha
  2. FeldaSimpangWaha
  3. Felda Bukit Easter
  4. Felda Bukit Aping Barat
  5. Felda Bukit Aping Timur

Tiga gugusan Felda yang berada di bawah operasi Klinik Kesihatan Bukit Waha iaitu Felda Bukit Waha, Felda Simpang Waha dan Felda Bukit Easter yang berkeluasan kira-kira 462.8 hektar.

 

JadualWaktuOperasiKlinikKesihatan Bukit Waha

 

 

KlinikKesihatan Bukit Waha