Latar belakang
Pn. Norhayati binti Muhamad Jangin atau nama mesranya Yatt mula berniaga pada tahun 2012 bersama arwah ibu. Kemudian, meneruskan perniagaan selepas ibu meninggal pada tahun 2015. Berniaga secara serius atas nama Bolat-Bolat Kitchen bermula pd tahun 2018 hingga sekarang.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK
Beliau sendirian mempromosi kan perniagaan atas talian di FB.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK
Penglibatan PIK sgt membantu dari segi meningkatkan keyakinan saya dalam bidang ini. Selain dari kelas usahawan yg dianjurkan oleh PIK. PIK juga tidak jemu mempromosikan perniagaan usahawan-usahawan di bawahnya. Kini beliau ada FB page khas untuk berniaga.
Apa yang dipelajari melalui PIK
Petugas membantu Puan Norhayati mengembangkan perniagaan di peringkat global melalui program usahawan FB page dan tagging di FB, IGTV dan FB live. Beliau juga mengikuti kelas eusahawan yang dijalankan oleh Pusat Internet Felda Bukit Easter.
Bagaimana PIK membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT
PIK membantu mempromosikan produk dengan menyediakan platform seperti program usahawan FB page dan viral bersama FB PI Felda Easter. PiK juga menyediakan prasarana dan perkhidmatan yang memudahkan capaian Internet yang berkelajuan tinggi dan selesa untuk dinikmati para pengguna seperti Puan Norhayati.. Beliau kini aktif mempromosi di FB page.
Maklumbalas
Pn. Norhayati sangat berterima kasih kepada Pusat Internet Komuniti Felda Bukit Easter kerana sentiasa memberi peluang yang baik kepada para usahawan dan sentiasa membantu memberi semangat kepada para usahawan. Semoga usaha ini berterusan.