Latar belakang
Puan Nor Azura atau nama mesranya Zura Zani merupakan orang suka mencari peluang ekonomi. Beliau berasal dari Simpang Waha, berumur 27 tahun. Beliau kini menjual pop corn sparkle bagi menambah pendapatan keluarganya.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Beliau sendiri mempromosi kan perniagaan atas talian di FB.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Penglibatan PI sangat membantu beliau dalam pencarian maklumat dan mengembangkan perniagaan beliau. Dengan adanya promosi dan pengiklanan dari pihak PI Felda Bukit Easter perniagaan beliau lebih dikenali dan beliau mendapat tempat di hati pembeli.
Apa yang dipelajari melalui PI1M
Petugas membantu Puan Zura Zani mengembangkan perniagaan di peringkat global melalui program myshop dan tagging di FB, IGTV dan FB live.
Bagaimana PI1M membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT
PI1M membantu mempromosikan produk dengan menyediakan platform seperti program myshop dan viral bersama FB PI Felda Easter. Pi1M juga menyediakan prasarana dan perkhidmatan yang memudahkan capaian Internet yang berkelajuan tinggi dan selesa untuk dinikmati para pengguna seperti Puan Zura Zani
Maklumbalas
Puan Zura banyak berterima kasih kepada Pusat Internet Felda Bukit Easter kerana sentiasa memberi peluang yang baik kepada para peniaga dan sentiasa menyokong para peniaga kecil di komuniti setempat