mcmc
Sejarah

SEJARAH

     Asal usul nama ‘Bukit Easter’ diambil sempena nama sebuah bukit yang terdapat di dalam kawasan ladang yang digunakan sebagai kem sementara oleh tentera British (sekarang menjadi kawasan lading Felda Plantation Sdn Bhd).

Pada tahun 40-an, sebahagian kawasan pedalaman Kota Tinggi merupakan kawasan hitam. Pihak British telah menempatkan sepasukan tentera British untuk mengawal keadaan daripada ancaman pihak komunis. Tentera British telah membuat khemah di atas sebuah bukit yang paling tinggi dan strategik dari sudut ketenteraan.

Apabila hampir  tiba musim perayaan Krismas, tentera tersebut tidak dapat pulang ketempat masing-masing untuk merayakan sambutan krismas maka mereka merayakan sambutan Krismas di khemah tersebut dan mereka menamakan bukit tersebut sebagai  ‘Easter Hill’ sempena perayaan yang disambut oleh orang-orang kristian tersebut.

Nama Bukit Easter terus digunapakai apabila pihak kerajaan bercadang untuk membangunkan kawasan rancangan ini.