mcmc
Laporan Aktiviti

SEPTEMBER 2025 | PELANCARAN PERASMIAN BULAN KEMERDEKAAN PERINGKAT TABIKA FELDA BUKIT WA HA 2025

Pihak NADI Felda Bukit Easter ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak Tabika KEMAS Felda Bukit Wa Ha kerana sudi menjemput kami dalam Majlis Pelancaran Perasmian Bulan Kemerdekaan Peringkat Tabika KEMAS Felda Bukit Wa Ha.

Kami di NADI Felda Bukit Easter amat berbesar hati kerana dapat bersama-sama menyokong usaha murni ini, yang bukan sekadar memperingati jasa pejuang negara tetapi juga membina jati diri anak-anak kita sebagai pewaris masa depan bangsa dan negara.

Akhir kata, tahniah diucapkan kepada pihak penganjur, guru-guru, ibu bapa serta seluruh warga Tabika KEMAS Felda Bukit Wa Ha atas komitmen yang diberikan. Semoga program ini berjalan lancar dan terus memberi inspirasi kepada kita semua.